10 Tips Jual Rumah dengan Pantas, Cepat & Segera.

Artikel

Tips Jual Rumah dengan Pantas, Cepat & Segera.

 

Musim Seller's Market mungkin telah berakhir apabila kitaran ekonomi global dan lokal sedikit lembap akan memberi kesan besar terhadap pasaran hartanah, tetapi masih terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan jualan rumah anda cepat dan tidak membuang masa. Pemilik perlu jelas perkara ini kerana kadang-kala langkah-langkah yang kurang betul menyebabkan secara tidak langsung anda sendiri yang merosakkan pasaran hingga akibatnya proses jualan rumah anda terlalu lama. Berikut adalah 10 tips untuk membantu anda menjual rumah anda secepat mungkin walau apa pun situasi pasaran pada waktu tersebut.

 

Tips 1 Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Penetapan harga yang TEPAT dari awal.

 

Penjual sering fikir mereka harus bermula dengan meletakkan harga yang tinggi dan kemudian menurunkan sedikit demi sedikit harga jualan. Jika harga yang terlalu tinggi, ramai pembeli dan ejen hartanah akan menjauhkan diri, dengan andaian anda tidak serius untuk menjual atau anda sukar dibawa untuk berunding. Konsep  ini adalah sesuatu yang paling biasa diamalkan oleh penjual. Dengan perkembangan informasi yang terlalu pantas, pemilik harus berubah cara berfikir bagi memastikan anda tidak rugi masa dan wang. Ini kerana, pada waktu ini, semua bakal pembeli dengan mudah mendapatkan informasi untuk mendapatkan ‘tawaran terbaik’ di pasaran bagi memudahkan mereka membuat pilihan unit yang akan dibeli.

Penjual perlu faham berkenaan konsep harga pasaran (Market Value) dan harga permintaan semasa (Demand Price). Semua perkara yang melibatkan bekalan dan permintaan (Demand vs Supply) termasuk pasaran hartanah tidap dapat lari dari hukum ekonomi ini.

Disinilah peri pentingnya anda memilih ejen hartanah yang berwibawa untuk menasihati anda harga yang paling wajar berdasarkan situasi pasaran, kos renovasi anda, factor ekonomi semasa anda dan beberapa faktor lain untuk bermula memasarkan rumah anda. Ini bagi memastikan harga pembukaan anda telah TEPAT dari awal proses pemasaran. Disini, hasilnya anda akan jimat masa.

 

Jual-rumah-cepat-pantas-segera

 

Tips  2 Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Meningkatkan faktor WOW! Terhadap rumah anda.

 

Anda perlu memastikan sekurang-kurangnya rumah anda dalam keadaan ‘sedap mata memandang’. Tetapi, jika anda menjadikan unit anda ada faktor WOW! seperti sangat kemas, sangat bersih, sangat menarik, atau apa-apa yang menaikkan faktor WOW! ini, Pastinya unit anda akan terjual dahulu berbanding unit-unit lain yang juga ingin dijual di kawasan yang sama dengan unit anda. Walaupun semua unit boleh dijadikan ‘sama’ dengan unit anda, tetapi tidak semua bakal pembeli mampu berfikir hingga ke tahap tersebut. Pembeli hanya akan membuat pilihan terhadap unit yang membuatkan hati mereka berkobar-kobar untuk membeli. Berdasarkan pengalaman, selalunya pembeli tidak akan mengambil masa lama untuk membayar deposit apabila faktor WOW! ini menguasai diri mereka.

 

Tips 3 Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Mengemaskini keadaan dalaman dan luaran.

 

‘Cinta Pandang Pertama’ memainkan peranan penting. Pastikan rumah anda dalam keadaan yang sempurna luaran dan dalaman. Pastikan cat tidak pudar, dinding tidak berkulat, bumbung tidak bocor, rumpat tidak meninggi, semua lampu dan kipas berfungsi baik, paip air juga dalam keadaan baik, dan sebagainya. Selalunya, pembeli akan bersikap mengambil peluang untuk memperbesarkan kerosakan-kerosakan kecil tersebut bagi menurunkan harga atau menjadikan alasan untuk mereka tidak membeli unit anda. Walaupun kerosakan yang telah dibaiki, tetapi kesan kerosakan juga perlu dipadamkan juga. Contohnya, kebocoran bumbung menyebabkan kesan kulat pada syiling. Setelah dibaiki, kesan pada syiling juga perlu dicat semula.

 

Tips 4 Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Keadaan rumah tersusun, natural dan bebas sentimen.

 

Pastikan rumah anda dalam keadaan teratur dari semua segi. Ia akan memberi gambaran kepada pembeli akan bagaimana kehidupan mereka kelak setelah mereka membeli rumah anda tersebut. Pindahkan perabot-perabot berlebihan kerana ia akan menyebabkan pembeli merasa rumah anda sempit atau kecil. Elakkan juga gambar-gambar dinding yang berunsur politik, fanatisme agama, fanatisme perkauman, dan sebagainya. Jadikan rumah anda nampak natural dan susuai diduduki oleh semua.

 

Tips 5 Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Jelaskan setiap fungsi ruang rumah anda.

 

Pastikan setiap ruangan rumah anda jelas berkenaan fungsinya. Sebagai contoh, jika ada satu ruangan kecil yang dilihat seolah-olah hanya membazir ruang, tunjukkan kepada pembeli contoh kegunaan ruang tersebut seperti stor, bilik permainan kanak-kanak, dan sebagainya..

 

Jual-rumah-cepat-pantas-segera

 

Tips 6 Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Jadikan rumah anda mudah di lawati dan dilihat oleh pembeli.

 

Anda perlu bersedia setiap masa untuk memberi peluang bakal pembeli dating melihat rumah anda. Kadang-kala, bakal-bakal pembeli mempunyai masa terhad dan kita perlu fleksibel melayan karenah pembeli pada peringkat awal. Atau lebih mudah, letakkan kepercayaan kepada ejen hartanah untuk memberi mereka kunci dan kebebasan waktu melawat jika unit anda tersebut kosong atau tidak diduduki.

 

Tips 7 Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Pindahkan haiwan peliharaan anda.

 

Jika anda peminat haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya, anda perlu sedikit berkorban memindahkan haiwan-haiwan tersebut sepanjang proses pemasaran rumah anda. Juga kesan-kesan peliharaan seperti sangkar kucing, bekas makanan haiwan, najis haiwan, dan sebagainya. Ini kerana setiap orang berbeza. Dan lebih teruk, ada orang yang alergik dengan haiwan peliharaan. Jadi, kita perlu terbuka dengan situasi ini.

 

Tips 8 Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Pastikan rumah anda diiklankan di majoriti web-web hartanah dan laman-laman sosial.

 

Jika anda ingin cuba mengiklankan rumah anda sendiri, pastikan anda mengiklankan di portal-portal online seperti mudah.my, iProperty, PropertyGuru, PropWall, dan sebagainya. Semakin banyak iklan anda di medium-medium tersebut, semakin besar peluang anda mendapatkan pembeli. Anda perlu melabur untuk tujuan ini terutama di website-website yang berbayar jika ingin mengiklan di situ.

Inilah antara kelebihan Ejen hartanah kerana mereka sememangnya mempunyai akaun untuk mengiklan di medium-medium website utama tersebut.

Juga jangan lepaskan peluang menggunakan media sosial untuk mengiklankan hartanah atau rumah untuk dijual anda seperti facebook, instagram, dan sebagainya. Tetapi ia perlu dilakukan dengan professional bagi mengelakkan mengganggu sensitivity rakan-rakan media sosial kita.

 

Jual-rumah-cepat-pantas-segera

 

Tips 9 Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Pastikan gambar-gambar rumah anda banyak dan menarik di iklan-iklan.

 

Kebanyakan pembeli rumah mula mencari rumah idaman dan membuat keputusan yang mana rumah mereka mahu melihat berdasarkan gambar. Jika bakal pembeli mencari rumah untuk dibeli di sesuatu kawasan, biasanya mereka akan cuba lihat dahulu unit-unit yang cantik berdasarkan gambar.

 

Tips 10  Jual Rumah Pantas/Cepat/Segera : Tekankan suasana menarik kawasan kejiranan anda.

 

Suasana kejiranan juga memainkan peranan kuat dalam pemilihan pembeli. Kawasan kejiranan yang penuh dengan fasiliti dan kemudahan seperti sekolah, kedai, rumah ibadat, dan sebagainya biasanya akan lebih mendapat perhatian pembeli. Faktor jiran-jiran yang baik juga akan sentiasa dititikberatkan oleh bakal pembeli. Di Malaysia, sukar dinafikan sentimen perkauman masih menebal. Perkara ini juga perlu ditangani dengan baik bagi melayani Objection/Rejection bakal pembeli.

 

 

 

Sila hubungi penulis jika tuan/puan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan proses penjualan pantas rumah anda.

 

Penulis:

Mohd Saharudin Bin Tunggal
Head of business Development / Senior Negotiator
PEA 1065
Transasia Property Consultancy Sdn Bhd
019-2027870
 
Jual-rumah-cepat-pantas-segera
 
Article By
Comments (0)





1. Kos yang terlibat Jual Rumah di Malaysia
2. Tips memilih & melantik ejen hartanah untuk menjual rumah anda
3. Proses Lengkap Jual Beli Rumah di Malaysia
4. 10 Tips Jual Rumah dengan Pantas, Cepat & Segera.
5. Perunding/Ejen Hartanah : Siapakah dan apakah tanggungjawab mereka?
6. Pasaran hartanah dijangka naik
7. Napic: Overall property market slowed down in 2015