Tempoh Masa Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia
Add CommentAdd Comment
thumb_1_ejenhartanah.jpg
Article By:

Biodata Penulis

Saya, Mohd Saharudin Tunggal adalah Ejen Hartanah Berdaftar (E2819) dan mengemudi firma agensi hartanah iaitu TRANSASIA PROPERTY CONSULTANCY SDN.BHD. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri. Berminat untuk mendapatkan khidmat saya untuk menjualkan rumah/hartanah? (KL & Selangor sahaja). Hubungi saya di talian 019-2027870 atau whatsapp dengan klik icon di bawah.  
 

  

 

atau sila penuhkan ruang maklumat di bawah dan tekan 'SUBMIT'. Kami akan hubungi tuan/puan semula.

 

 

Nak Jual Rumah, semoga artikel "Tempoh masa proses jual beli rumah di Malaysia" ini dapat membantu.

 

"Berapa lama proses jual beli rumah saya ni selesai En Sahar?". Inilah lah soalan yang paling kerap ditanya kepada saya sebagai ejen hartanah. Okay, saya bantu menerangkan perjalanan tempoh masa yang diperlukan bagi melengkapkan segala proses jual beli rumah mengikut amalan biasa di Malaysia, negara tercinta ini.

 

Sebagai ejen hartanah, saya tidak boleh menulis secara tepat tempoh masa yang diperlukan bagi selesaikan satu-satu transaksi jual rumah atau hartanah. Tetapi saya akan terangkan apa yang kebiasaannya terkandung dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli rumah atau hartanah.

 

Secara normalnya (tetapi tidak semestinya), tempoh masa proses transaksi jual beli rumah yang dicatatkan dalam SPA adalah 90 hari tidak termasuk tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan keizinan (Consent) daripada pihak berkuasa negeri atau pejabat tanah bagi jenis-jenis rumah yang memerlukan Consent seperti rumah atau hartanah leasehold, Malay Reserve, dan jenis-jenis hartanah khusus yang tercatat pada geran memerlukan consent bagi segala transaksi pindahmilik, cagaran, atau sebagainya.

 

Bermakna bagi sebuah hartanah Freehold yang tiada sebarang sekatan, tempoh 90 hari terus bermula setelah SPA di tandatangani kedua-dua pihak disamping telah di matikan setem. Bagi hartanah jenis yang memerlukan consent pihak berkuasa negeri, 90 hari bermula setelah consent diterima. "Berapa lama pula tempoh masa dapat consent tu pula En Sahar?". Haa, soalan ni agak sukar dijawab. Ia bergantung lah pihak berkuasa negeri atau pejabat tanah proses permohonan consent tersebut. Mungkin sebulan atau lebih. Kebiasaannya begitulah. Tetapi, jika transaksi hartanah atau rumah untuk dijual tersebut adalah berisiko untuk ditolak permohonan mendapatkan consent, mungkin lebih lama kerana kebiasaannya perlu merayu (appeal) beberapa kali sebelum consent diluluskan. Malah kadangkala ditolak terus walau selepas beberapa kali appeal.

 

Apa bentuk transaksi yang berisiko permohonan consent untuk pindahmilik di tolak pihak berkuasa negeri? Contohnya sebuah hartanah leasehold yang kuota bumi lot dikawal pihak berkuasa negeri. Tetapi pemilik yang bumiputra menjual unit tersebut kepada pembeli non-bumi. Ini adalah contoh transaksi yang selalunya sukar untuk mendapatkan consent daripada pihak berkuasa negeri.

 

Tempoh masa 90 hari masih gagal selesai proses jual beli rumah, jadi apa seterusnya?

 

Seterusnya, kebiasaannya, dalam SPA akan terkandung tempoh lanjutan sekiranya tempoh 90 hari tidak selesai proses pindahmilik hartanah atau rumah. Iaitu amalan biasa adalah selama 30 hari. Tempoh ini juga dikenali sebagai Grace Period. Dan, kebanyakkan SPA mencatatkan penalti sebanyak 8% atas baki bayaran. Bagi muslim, kebanyakkan menganggap ini sebagai Riba'. Dan saya setuju mengenainya. Tepuk dada tanya iman.

 

Tempoh masa proses jual rumah yang masih ada loan bank atau kerajaan, apa pula ceritanya?  

 

Macammana pula bagi proses rumah yang masih ada loan bank atau kerajaan? Adakah tempoh masa proses jual beli rumah masih sama? Jawapannya, Ya. Bagi sebuah rumah yang masih ada pinjaman bank atau kerajaan, akan berlaku proses Redemption iaitu baki pinjaman penjual perlu diselesaikan dahulu. Wang tersebut boleh sahaja dibayar oleh pembeli atau melalui bank pinjaman pihak pembeli. Proses ini akan diuruskan oleh peguam. Proses ini juga dikenali sebagai Melepaskan Gadaian (Discharge of Charge). Dan, segala proses ini perlu diselesaikan juga oleh peguam dalam tempoh masa 90 hari tersebut.

 

Bolehkah tempoh masa 90 tambah 30 hari ini dipendekkan? Boleh. Ia bergantung persetujuan bersama pihak pembeli dan penjual. Bagi sebuah hartanah yang tiada cagaran atasnya, dan dibeli pula secara tunai oleh pembeli, tempoh masa proses jual beli rumah atau hartanah ini memang sangat logik untuk dipendekkan tempoh masanya. Berapa lama? Bergantung nasihat peguam atau ejen hartanah berdasarkan kes. Mereka lebih arif untuk meramal tempoh masa yang sesuai.

 

Proses mencari pembeli dan kesan kepada tempoh masa proses jual beli rumah.

 

Apa yang saya terangkan diatas, adalah tempoh masa proses jual beli rumah setelah SPA ditandatangani. Bagi proses awal sebelum mendapatkan pembeli, skill pemasaran (marketing) amat diperlukan bagi mempercepatkan proses mendapatkan pembeli. Bukan setakat pembeli, tetapi pembeli yang SERIUS dan LAYAK. Kerana jika tersilap memilih pembeli, pemilik mungkin menghadapi risiko proses penjualan rumah mereka menjadi sangat lama.

 

Sebagai tambahan tempoh yang terakhir saya catatkan, selepas mendapat pembeli, kebiasaanya penjual akan memberi tempoh 21 hari bagi memberi peluang kepada pihak pembeli memohon pinjaman bank. Tetapi tempoh ini bergantung atas mutual agreement kedua pihak penjual dan pembeli.

 

 

Kesimpulan.

 

Tempoh masa yang diambil untuk proses jual beli rumah ini agak subjektif. Dan apa yang saya catatkan adalah sebagaimana amalan biasa di Malaysia yang biasanya dicatatkan secara detail pada SPA. Bagi mendapatkan lebih pencerahan, adalah lebih baik mendapatkan nasihat peguam atau ejen hartanah yang berpengalaman bagi membantu anda dalam mendapatkan jangkaan waktu yang lebih tepat berkaitan tempoh masa bagi selesaikan transaksi jual beli rumah atau hartanah anda.

 

 

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

 

 

Nak jual rumah di sekitar SELANGOR / KUALA LUMPUR?
 

Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?

 

Kami akan bantu bermula dari semakan MARKET VALUE, kajian MARKET DEMAND, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli. Hubungi segera di talian 019-2027870 (Saharudin). Serahkan kekusutan proses jual rumah kepada kami. 

 

 

 

Sila klik ikon whatsapp di atas jika perlukan khidmat ejen hartanah 

 

atau sila penuhkan ruang maklumat di bawah dan tekan 'SUBMIT'. Kami akan hubungi tuan/puan semula.

 

 

 

Mohd Saharudin Bin Tunggal (E2819)
Prinsipal
Transasia Property Consultancy Sdn Bhd
019-2027870
proses-jual-beli-rumah-malaysia
Comments (0)
Click Me!

Persistent Collapsing Quick Search

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class