Tips memilih & melantik ejen hartanah untuk menjual rumah anda

Artikel

 

Tips memilih & melantik ejen hartanah untuk menjual rumah anda.

 

Secara pandangan umumnya, ejen hartanah / perunding adalah  ada pakar yang di percayai awam untuk menguruskan transaksi jual beli rumah mereka. Dan bilangan mereka semakin meningkat dari hari ke sehari. Jadi, bagaimana untuk memilih diantara mereka yang paling efisien untuk menguruskan proses jualan rumah atau hartanah anda?. Di sini, saya kongsikan beberapa tips bagi membantu anda memilih dan melantik ejen hartanah yang tepat untuk menjual atau menyewakan rumah anda.

memilih-melantik-ejen-hartanah

 

Tip 1 memilih/melantik ejen hartanah : Lihat profil dan track-record jualan yang lepas.

 

Dalam waktu ini, amat mudah bagi anda mengenali ejen-ejen hartanah yang telah established. Dengan sumber maklumat di hujung jari, anda hanya perlu taip nama, nombor telefon, agensi, atau apa sahaja yang berkaitan dengan ejen hartanah tersebut di carian google atau apa sahaja jenis carian di internet. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat mendapat hampir gambaran penuh terhadap satu-satu ejen hartanah berkaitan profil, track record, pengalaman, tahap profesionalisme, dan sebagainya.

 

Tip 2 memilih/melantik ejen hartanah : Ejen hartanah tempatan atau mereka sangat dekat untuk menguruskan proses jualan rumah anda.

 

Antara elemen penting untuk memilih dan melantik ejen hartanah untuk menjual atau sewakan rumah anda, mereka perlu sangat dekat atau lebih baik ejen hartanah yang sememangnya duduk di kawasan anda. Jarak masa yang pendek untuk mereka tiba dirumah anda pastinya akan meningkatkan kadar efisiensi kerja mereka. Bayangkan jika anda melatik ejen hartanah yang akan mengambil masa lebih 1 jam untuk mereka sampai ke rumah anda, pastinya kekerapan untuk menetapkan temujanji dengan bakal pembeli  akan cuba di minimumkan dan kadang-kala ia semakin melambatkan proses jualan rumah anda.

Kadang-kala, ejen hartanah yang jauh dengan rumah anda yang ingin dijual, kurang pakar dari sudut trend pasaran setempat dan seterusnya memungkinkan strategi pemasaran yang kurang tepat diambil oleh mereka.

 

memilih-melantik-ejen-hartanah

 

Tip 3 memilih/melantik ejen hartanah : Cari ejen hartanah yang boleh memberi  nasihat berkaitan harga jualan yang paling sesuai.

 

Harga pasaran semasa (Market Value) dan harga permintaan (Demand Price) adalah dua perkara berbeza walaupun biasanya ia adalah seiring. Sentimen ekonomi global dan local mampu member kesan besar terhadap penetapan harga jualan dari awal. Ejen hartanah yang berpengalaman, mereka jelas tentang ini untuk memudahkan mereka member nasihat kepada anda.

Ejen hartanah juga sepatutnya mampu member nasihat harga yang terbaik bergantung kepada tahap ekonomi semasa anda. Adakah proses jualan tersebut dalam kategori urgent, sederhana atau biasa. Ini anda boleh lihat kemampuan ejen hartanah tersebut pada kali pertama anda jumpa mereka.

 

Tip 4 memilih/melantik ejen hartanah : Lihat kemampuan mereka merancang proses pemasaran (marketing) rumah anda.

 

Tiada salah jika anda bertanya secara ringkas kepada ejen hartanah pada kali pertama anda telefon mereka akan strategi yang mereka gunakan untuk menjual rumah anda. Apa channel online yang mereka akan gunakan?. Bagaimana cara mereka memasarkan melalui medium offline? Juga paling mudah, adakah mereka mempunyai database bakal pembeli yang banyak?. Jika jawapan mereka positif pada hemat anda, mungkin merekalah pilihan yang tepat untuk anda.

 

memilih-melantik-ejen-hartanah

 

Tip 5 memilih/melantik ejen hartanah : Lantik ejen hartanah yang disyorkan kenalan anda dengan syarat mereka pernah menggunakan khidmat mereka.

 

Adalah lebih mudah untuk melantik ejen hartanah yang disyorkan oleh kenalan anda yang pernah menggunakan khidmat mereka. Jika mereka pernah berpuas hati dengan khidmat mereka, mungkin anda juga akan menikmati kepuasan hati yang sama seperti kenalan anda atas khidmat ejen hartanah tersebut.

 

Kesimpulannya disini, walaupun anda boleh sahaja melantik mana-mana ejen hartanah, tetapi bagi mendapatkan hasil yang baik dari sudut harga, masa dan bebas dari kesulitan sepanjang proses jual beli rumah anda, perlulah anda sedikit berusaha pada peringkat awal mencari ejen hartanah yang terbaik untuk anda.

 

 

 

Sila hubungi penulis jika tuan/puan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan proses jual beli rumah anda.

 

Penulis:

Mohd Saharudin Bin Tunggal
Head of business Development / Senior Negotiator
PEA 1065
Transasia Property Consultancy Sdn Bhd
019-2027870
 
memilih-melantik-ejen-hartanah
 
 

 

 

Article By
Comments (0)





1. Kos yang terlibat Jual Rumah di Malaysia
2. Tips memilih & melantik ejen hartanah untuk menjual rumah anda
3. Proses Lengkap Jual Beli Rumah di Malaysia
4. 10 Tips Jual Rumah dengan Pantas, Cepat & Segera.
5. Perunding/Ejen Hartanah : Siapakah dan apakah tanggungjawab mereka?
6. Pasaran hartanah dijangka naik
7. Napic: Overall property market slowed down in 2015